Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior, Fauziah Nawi yang berbakat besar dalam bidang seni. Setelah berpuluh tahun beliau akhirnya diberikan pengiktirafan yang cukup bermakna apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi lakonannya dalam Pendosa Ingin Ke Syurga.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah ucapan Fauziah “Jangan siapa marah I, walaupun hari ini I sendirian, dah 26 tahun suami meninggal dunia, I tak nak ambil laki siapa-siapa.” Kata-kata itu adalah respon kepada pengacara Syuk.
Kecewa dengan tuduhan tersebut, Fauziah menerusi akaun Facebook menafikan sekeras-kerasnya beliau sengaja mahu menyindir Elly. Itu adalah fitnah semata-mata.
Harapnya dengan penafian dan penjelasan ini, tiada lagi netizen salah faham dengan apa yang diucapkan oleh Fauziah. Tidak wujud pun isu lepas geram atau apa-apa.