Kredibiliti Janna Nick sebagai seorang pengacara di anugerah besar ABPBH 31 hujung minggu lalu mendapat kritikan netizen. Namun, disebalik komen-komen negatif yang diterima, cara pengacaraan beliau mendapat pujian daripada pelakon popular yang disegani iaitu Fauziah Nawi.
Menerusi akaun Instagramnya, Fauziah memberitahu Janna berjaya mengendalikan program tersebut dengan penuh rasa yakin dan tidak perlu menggunakan ‘cue card’. Itu tandanya Janna sudah pun membuat persiapan dan menghafal apa yang beliau perlu katakan.
Kalau dapat pujian daripada senior dalam industri hiburan, pastinya ia menjadi pembakar semangat untuk Janna terus berusaha untuk menjadi seorang pengacara yang baik. Ramai yang pandai mengkritik tapi mampukah mereka menjadi yang terbaik bila mengacarakan program tersebut secara langsung? Heh?