Fauziah Bakal Ada Suami Baru? Shila Amzah Terbuka Hati Terima Ayah Tiri – “Ramai Sebenarnya Cuba Mengorat”

Hiburan

Fauziah Bakal Ada Suami Baru? Shila Amzah Terbuka Hati Terima Ayah Tiri – “Ramai Sebenarnya Cuba Mengorat”

Penyanyi tersohor, Shila Amzah meluahkan rasa terbuka jika ibunya, Fauziah Sarman kembali berumah tangga sekaligus menerima kehadiran ayah tiri baru dalam kehidupannya.

Menurut Shila lagi, dia tidak menyangka ibunya menjadi tumpuan setelah bergelar ibu tunggal dan ramai lelaki ingin mengenali dengan lebih rapat.

Advertisement

Selepas berkahwin hampir 34 tahun, ibu saya kini berpeluang untuk merasai pelbagai perkara baharu yang terjadi dalam hidupnya. Dai dapat luang masa bersama kawan-kawan dan mengenali orang baru.

Ramai juga yang cuba mengorat ibu saya. Saya pun agak terkejut dan jadi teringat kepada diri sendiri sewaktu saya hidup solo selepas bercerai dahulu. Rupanya ibu saya juga lalui situasi sama.

Ujarnya, dia menyokong sepenuhnya kebahagiaan ibu sekiranya itu yang terbaik.

shila amzah

Sudah tentu saya terbuka untuk mengenali orang baharu. Saya sentiasa bagitahu ibu yang saya nak dia hidup bahagia.

Malah menurut Shila lagi, dia sudah diperkenalkan dengan beberapa individu yang menunjukkan minat untuk mengenali ibunya.

Sekadar info, setelah 34 tahun bernikah, Fauziah dan bekas suami, penyanyi ND Lala bercerai pada Ogos 2023 yang lalu.

Rumah tangga ibu bapa Shila itu menjadi perhatian setelah ND Lala dilaporkan bernikah kali kedua secara sembunyi dengan rakan baik penyanyi itu sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

boy iman disamakan dengan jefri nichol
5 hours ago

Rupa Boy Iman Disamakan Dengan Jefri Nichol, Imbau Kenangan Zaman Muda - "Saya Pernah Dapat Hadiah Baju Dalam Dari Peminat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...