Pelakon, Lisdawati menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT selepas anak ketiganya, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.
Menurut Lisdawati, dia mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya bersama pasangan yang dikenali sebagai Afiq akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah selesau sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ketiga. Semoga Allah SWT merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan Lisdawati menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.
Dalam pada itu, Lisdawati turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
Isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu juga sempat memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memandangkan majlis tersebut diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Maaf juga kepada mereka yang tak dapat kami jemput atas sebab-sebab SOP yang terhad.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis turut menumpang gembira selain menitipkan ucapan tahniah buat Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta anaknya itu.