Baru sahaja beberapa hari bersiaran, drama Hero Seorang Cinderella telah berjaya memikat hati penonton. Malah, telah wujud satu hashtag baru iaitu #FattZura yang merupakan gandigan nama pelakon drama tersebut, Fattah Amin dan Fazura.
Umum mengetahui kini mereka berdua masih lagi menjalani penggambaran HSC di Amsterdam dan foto-foto FattZura cukup banyak dikongsi di media sosial.
Terbaru, ada pula peminat yang menyamakan foto FattZura di Amsterdam dengan pasangan selebriti popular David dan Victoria Beckham. Fuh! Bukan main teruja lagi peminat mereka sehingga mewujudkan tahap persamaan dengan pasangan popular antarabangsa itu.
Kalau permulaan tayangan drama HSC sudah begini, tidak mustahil selepas ini fenomena FattZura pula akan popular dan menjadi kegilaan ramai diluar sana.