Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin bersanding pada 25 Februari ini. Walaubagaimanapun, majlis tersebut akan diadakan secara tertutup. Alahai, pasti peminat tegar pasangan ini sudah kecewa bukan? Nanti dulu, relaks.
Anda masih lagi berpeluang untuk melihat meraikan perkahwinan mereka. Iya, kami tidak bohong. Fazura sendiri mengesahkan beliau dan Fattah akan adakan majlis resepsi khas buat peminat tercinta pada 11 Mac Ini.
Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja. Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini.
Sedang sibuk menguruskan persiapan untuk dua buah majlis resepsi, Fazura bagaimanapun sempat meluahkan rasa teruja untuk naik pelamin bersama Fattah yang amat beliau cintai. Cewah! Semoga segala perancangan dan persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Gembira betul lah kan peminat mereka berdua dengan kejutan khas ini. Hehe..
Anonymous
February 13, 2018 at 9:32 am
berapa kali nak resepsi? selagi peminat korg tak move on selagi tu tak habis2 nak buat resepsi. lulz
Mee Hoonnn
February 13, 2018 at 9:21 am
pengantin dah basi, mmbazir duit je , da kwen da nikah dah la, muak dah tengok muka korang berdua
aku
February 13, 2018 at 9:31 am
kannn…ari2 post gambar / video berdua..nak bersanding lagi…buang karen je…
Annoying F
February 13, 2018 at 9:36 am
tak suka tak yah lah tengok. ni tengok sebab nak stalk pastu nak membawang je kejenya. sendiri stalk, sendiri sakit hati. L
Anonymous
February 13, 2018 at 9:05 am
kalau bkan peminat mcm sy ni pegi jatuh hukum haram tak..sbb dia bt utk peminat jek.
miss anon
February 13, 2018 at 8:58 am
sorry FattZura. xdapat attend your wedding sebab i xde kat Malaysia on the date. kihkih. btw. congratulations! semoga dipermudahkan ya. love ya. lots of lovessss
pengecam 1Malaysia
February 13, 2018 at 8:23 am
antara pasangan2 melayu .. pasangan ini lah yang sedap mata memandang..hati pun taknak kecam.
for this timing lah ok.