Pelakon popular Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya terlibat secara langsung dalam proses pengubahan bunga untuk majlis pernikahannya bersama Amira Othman.
Dalam video tersebut, Fattah kelihatan tekun menyusun dan mengatur dekorasi bunga pengantin perempuan, seolah-olah mahu memastikan segalanya sempurna untuk hari bersejarah mereka.
View on Threads
Aksi spontan itu nyata membuatkan ramai peminat kagum dengan sikapnya yang dianggap sebagai green flag husband material. Ramai memuji Fattah kerana tidak segan untuk turun padang, malah sanggup melakukan persiapan sendiri demi memastikan majlis berjalan lancar.
“Green flag betul, tak semua pengantin lelaki sanggup buat kerja remeh macam ni. Respect!” tulis seorang netizen.
Gelagat Fattah dalam video itu sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon berbakat, tetapi juga seorang lelaki penyayang dan romantis.