Ramai sebenar-benarnya tertanya-tanya mengenai status sebenar antara pasangan pelakon yang digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan telah bernikah secara rahsia di kediaman nenek Fazura sebelum mereka berdua disertai keluarga berlepas untuk mengerjakan ibadah umrah.
Pihak pengurusan mereka bagaimanapun memberitahu mereka akan membuat sidang media pada 23 November untuk memperjelaskan mengenai khabar tersebut.
Bagamanapun, sumber kepada Mingguan Malaysia memberitahu, Fattah dan Fazura sememangnya telah pun selamat dinikahkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor, cuma ia diadakan secara tertutup untuk menjaga privasi kedua belah pihak.
Khabarnya juga, pernikahan itu disempurnakan dengan sekali lafaz, dan salah seorang abang kandung Fazura telah mewalikan pernikahan itu. Majlis dikatakan berlangsung dengan penuh sederhana tetapi sempurna.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.
Menurut sumber itu juga, mengikut perancangan asal mereka sepatutnya bernikah di Tanah Suci Mekah tetapi keputusan diubah di saat akhir pada hari pertunangan mereka, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.
Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
Oleh itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah.
Pada pendapat penulis sekiranya tiada sesuatu yang penting untuk diberitahu maka sidang media tidak perlu diadakan, melainkan pasangan ini benar-benar telah melangsungkan pertunangan atau bernikah. Jika benar khabar ini maka itulah yang terbaik untuk diri mereka. Semoga mereka berdua dirahmati Allah dan segala perancangan untuk masa hadapan dipermudahkan.
Tak sangka juga jika kisah Fattah-Fazura ini yang bermula di lokasi penggambaran drama berakhir dengan ikatan perkahwinan seperti Song Joong Ki-Song Hye Gyo dan Ding Dong Dantes -Marian Rivera. Tapi itulah yang dinamakan jodoh, bukan? – beautifulnara.com