“Fattah Boleh Fail Permohonan Penghinaan” – ‘Londehkan’ Isu Rumah Tangga, Fazura Boleh Dipenjara Jika Didapati Langgar Perjanjian

Hiburan

“Fattah Boleh Fail Permohonan Penghinaan” – ‘Londehkan’ Isu Rumah Tangga, Fazura Boleh Dipenjara Jika Didapati Langgar Perjanjian

Susulan membuka aib bekas suami, Fattah selepas membuat perjanjian bersama, pelakon Fazura dikatakan boleh dikenakan penjara sekiranya disabit bersalah melanggar perjanjian yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Antara perjanjian yang dilakukan adalah perlu menjaga aib, tidak menburukkan, dan sebar fitnah satu sama lain.

Advertisement

Hal yang mengejutkan pihak Fattah apabila selepas prosiding bercerai, Fazura telah ‘melondehkan’ pelbagai perkara mengenai rumah tangganya bersama bekas suami di hadapan rakan media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Namun begitu, peguam yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong berkata pihaknya akan mengulas mengenai situasi terbabit dan mengkaji terlebih dahulu kenyataan Fazura sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jika ada pelanggaran (iaitu) tidak patut dengan perjanjian, dari segi undang-undang, mangsa (Fattah) boleh memfailkan permohonan penghinaan kepada mahkamah. Dan mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak melaksanakan perintah yang sudah ditandatangani.

Sebelum ini, sewaktu memberi penjelasan kepada pihak media, Fattah meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui bekas isterinya mendakwa dia culas membayar nafkah, berlaku curang dan banyak lagi.

fattah fazura
2 months ago

"Kalau Dia Nak Teruskan Fitnah, Tanggunglah Dosa. Saya Tak Main Sentimen Itu" - Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...