Fattah & Amira Pun Dah Temui Cinta, Korang Pun Mungkin Boleh Temui Dalam 30 Hari Ini Dengan…

Branded

Fattah & Amira Pun Dah Temui Cinta, Korang Pun Mungkin Boleh Temui Dalam 30 Hari Ini Dengan…

Bayangkan dalam satu rumah ada anak kecil yang suka tengok kartun, yang remaja pula sibuk nak layan drama Korea & anime, ayah pula nak follow bola live, manakala ibu gemar tengok drama orang bercintan-cintun sampai berkahwin.. ehem #FattMira 😉. Selalunya, semua ini memerlukan pelbagai langganan berasingan, akaun berbeza dan belanja yang banyak..

Kini tidak lagi. Dengan pelancaran Unifi TV 2.0 baharu, semua keperluan hiburan seisi keluarga boleh dinikmati dalam satu aplikasi sahaja. Bukan sahaja harga mesra poket, tapi kesemua rakyat Malaysia boleh nikmati hiburan premium secara PERCUMA selama 30 hari. Hebat tak?

Sama ada keluarga besar dengan anak kecil, duduk serumah dengan rakan-rakan, Gen-Z yang tech savvy ataupun kaki hiburan tegar, semua kini berpeluang mengakses saluran premium & aplikasi penstriman antarabangsa dengan kawalan penuh untuk memilih, campur dan menukar langganan mengikut citarasa sendiri.

Semua Hiburan, Satu Platform

Unifi TV kini menjadi platform hiburan terbesar di Malaysia, menghimpunkan saluran TV premium dan aplikasi penstriman terkenal dunia seperti Disney+ Hotstar, Netflix, HBO Max, beIN SPORTS CONNECT, Viu, iQIYI dan banyak lagi. Sekilas pandang boleh nampak semua yang nak ditonton dalam aplikasi Unifi TV 2.0 ini.

Unifi TV Perkenalkan Pakej Boleh Campur-Campur, Tukar-Tukar yang pertama di Malaysia

Bagi memastikan pengalaman hiburan lebih fleksibel, Unifi TV memperkenalkan pakej hiburan boleh campur-campur, tukar-tukar pertama di Malaysia, terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terhad kepada pelanggan Unifi Broadband.

Pakej tersebut membolehkan pelanggan mencipta pakej hiburan sendiri dengan memilih 5 saluran dan 1 aplikasi penstriman mengikut citarasa masing-masing, termasuk 16 saluran percuma, dengan harga promosi serendah RM 16 sahaja. Antara pakej lain yang menarik yang menggabungkan saluran dan aplikasi penstriman:

– Kids Pack – Hiburan mesra kanak-kanak penuh pembelajaran & keseronokan.

– Wira, Ying Xiong & Veeran Pack – Kandungan khas mengikut citarasa penonton berbilang bangsa.

– Super Star Pack – Pakej all-in-one yang menggabungkan semua saluran premium & aplikasi utama dalam satu langganan.

Paling penting, semua langganan bebas kontrak. Anda boleh menukar saluran atau apps, tanpa sebarang komitmen panjang dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa

Aplikasi Unifi TV 2.0 Serba Baharu

Unifi TV kini juga tampil dengan aplikasi yang dinaik taraf, dilengkapi:

– Interface segar & mesra pengguna

– Carian universal – Cari kandungan kegemaran dengan pantas dari semua saluran dan aplikasi

– Rekomendasi peribadi – Cadangan berdasarkan minat tontonan anda

– Sync segera – Akses serentak di telefon pintar, tablet, Android TV Box, & Smart TV

Ini bermakna, tak kira di ruang tamu, bilik tidur atau ketika dalam perjalanan, hiburan sentiasa di hujung jari.

Nikmati 30 Hari Percuma Dengan Unifi TV!

Sebagai pelancaran eksklusif aplikasi ini, Unifi menawarkan akses 30 hari PERCUMA yang pertama seumpamanya di dunia:

– Pelanggan Unifi: Akses penuh 73 saluran premium + 15 aplikasi penstriman seperti Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu dan banyak lagi.

– Bukan pelanggan Unifi: Akses 19 saluran premium.

Inilah peluang terbaik untuk merasai sendiri pengalaman hiburan tanpa had sebelum memilih pakej paling sesuai. Bukan beshe-beshe, antara rancangan yang boleh distrim sepanjang promosi ini adalah seperti Setulus Takdir: Fattah Amira (Inspirasi), Fated Hearts (iQIYI), Dark Nuns (tvN Movies), Lilo & Stitch (Disney+ Hotstar), MotoGP (SPOTV) dan banyak lagi

Nilai Tambahan Untuk Pelanggan Unifi

Dari sekarang hingga 12 Disember, semua Pek Unifi TV dengan harga promosi terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kalau langgan sekarang, dapat enjoy harga promosi ini sampailah nak batal nanti.

Pelanggan Unifi Home & Mobile tetap menikmati lebih faedah sebab boleh melanggan secara a la carte untuk channels & streaming apps dengan harga yang lebih berpatutan dan lebih murah dari langgan sendiri di luar. Dengan kata lain, lebih berbaloi untuk mereka yang sudah menggunakan Unifi di rumah.

Masa Depan Hiburan Ada Di Sini

Dengan konsep campur-campur, tukar-tukar, Unifi TV menjanjikan kebebasan sepenuhnya dalam memilih hiburan. Tidak perlu lagi banyak akaun, banyak bil atau pening kepala mencari apps berbeza. Kini, semua hiburan ada dalam satu aplikasi, satu harga, satu genggaman.

Kesemua rancangan dalam aplikasi Unifi TV 2.0 juga boleh distrim menerusi Unifi Mobile yang pernah merangkul anugerah ‘Best Video Experience’ dari Open Signal pada November 2024!

Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 sekarang dan nikmati 30 hari akses PERCUMA, tanpa komitmen! Jangan tunggu lagi dan muat turun dengan klik pautan INI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...