Sejak namanya sering menjadi tajuk berita, penyanyi Amira Othman semakin dikenali ramai. Popularitinya yang melonjak turut dikaitkan dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, yang dianggap sebagai pemangkin kepada peningkatan namanya dalam industri.
Tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, kini kembali aktif dalam bidang nyanyian dan bakal melancarkan lagu baharu dalam masa terdekat. Pada masa sama, penyanyi berusia 32 tahun ini turut meluahkan kebimbangan jika peminat hanya mengenalinya sebagai duta produk semata-mata.
Dari awal kemunculan bersama Fattah, saya memang tumpang populariti dia untuk nyanyian dan lagu.Mudah-mudahan orang kenal saya sebagai penyanyi. Nama saya masih kecil dalam industri, harap orang menghargai saya.
Menariknya, Amira kini secara rasmi diuruskan oleh Fattah Amin Management, menunjukkan keyakinan terhadap kredibiliti aktor tersebut dalam membantu mengembangkan kerjayanya.
Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat. Dia nak bantu nak uruskan, lagi pun dia ada pengalaman dan pasukan yang boleh lakukan.
Anak jati Skudai, Johor ini turut berkongsi berita gembira apabila bakal mengadakan showcase pertamanya pada bulan Ogos nanti sesuatu yang telah lama diimpikannya namun sebelum ini kurang keyakinan untuk laksanakan.
Showcase ini akan dilaksanakan Fattah Amin Management. Impian saya nak sangat buat tapi saya tak pernah ada keyakinan nak buat, takut orang tak datang. Kali ini, ada orang yang memberi sokongan, jadi saya teruja nak kongsikan. Perancangannya Ogos ini tapi takut juga nak cakap lebih-lebih.
Daripada hanya ‘menumpang populariti’, Amira kini dilihat bersedia membina semula jenama seninya dengan lebih yakin, bersandarkan sokongan dan pengalaman mereka yang percaya pada bakatnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.