May 22nd, 2017

Pelakon Fattah Amin akui pada mulanya beliau merasa agak risau kerana bergandingan dengan  Fazura, seorang pelakon wanita yang agak hebat dan mempunyai cara beliau tersendiri. Namun, selepas bekerjasama dengan Fazura, Fattah yakin drama Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh mereka berdua bakal mencetuskan fenome baru.

Saya yakin dengan Fazura. Tidak dinafikan, pada permulaan, saya agak risau bergandingan dengan Fazura. Maklum, dia pelakon popular berbakat besar. Tetapi, apabila bertemunya, Fazura tidak seperti yang difikirkan. Kami memang rapat kerana ingin penonton merasai getaran cinta antara Tengku Ian Uzzan dan Nur Medina dalam drama itu. Kami tidak bercinta seperti yang disangka ramai.

Pengalamahn bergandingan dengan Fazura antara momen yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Dia sangat profesional dan menyenangkan. Fazura juga sentiasa ceria dan sikap tenangnya itu menghadirkan aura positif kepada orang sekeliling.

Sebelum drama tersebut ditayangkan, populariti Fattah dan Fazura sudah pun mendapat perhatian netizen sehingga ada hashtag Fattzura. Sama-sama kita nantikan adakah Fattzura mampu menguburkan fenonema Lofattah..

Sumber Berita : Berita Harian


Comments are closed.

Loading...