Pelakon popular, Fattah Amin menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah.
Menerusi hantaran di media sosial, Fattah meluahkan rasa cinta yang tidak pernah berkurang walau sesaat terhadap puteri kecilnya itu.
Tulisnya di Instagram,
Selamat hari lahir anak Daddy Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah, selama-lamanya anak Daddy. Tak pernah sesaat pun kasih sayang Daddy berkurang pada Fatima. Daddy sentiasa mendoakan Fatima selamanya membesar menjadi orang yang baik, anak solehah kebanggaan Daddy. I love you so much and I hope to see you soon.
Ucapan penuh emosi itu mengundang perhatian ramai, khususnya peminat yang turut menitipkan doa agar Fatima membesar sebagai anak solehah yang membanggakan kedua ibu bapanya.
Fatima merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fattah bersama pelakon Nur Fazura, yang sering menjadi tumpuan peminat kerana kecomelan dan keletahnya.