Sebelum ini, Nur Fazura memberitahu gosip pertunangan beliau dan Fattah Amin hanya sekadar gimik bagi mempromosikan drama lakonan mereka. Namun, peminat tegar Fattzura tetap menyimpan harapan agar mereka berdua benar-benar ada jodoh bersama.
Enggan terlalu memikirkan gosip tersebut, Fattah bagaimanapun menerusi portal BH ONLINE memberitahu beliau tidak menolak jodoh dengan Fazura mahupun mana-mana wanita berusia.
Kalau ditanya pasal jodoh, saya terima saja siapa bakal isteri saya. Mungkin dengan Fazura atau dengan siapa saja. Bagi saya usia bukan ukuran. Doa saja yang baik-baik.
Dalam pada itu, Fattah enggan memberikan sebarang komen berkaitan khabar angin kononnya Fazura bakal menunaikan umrah bersama-sama Fattah dan juga keluarganya.
Tidak wajar soalan itu diajukan kepada saya. Lebih baik diajukan kepada empunya badan kerana bukan tempat saya untuk menjawab perihal itu. Apa yang penting, saya merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama keluarga selama 10 hari. Mengenai Fazura ikut atau tidak, saya enggan komen.
Cinta tidak mengenal usia dan sekiranya Fattah dan Fazura ada jodoh bersama, pasti mereka berdua akan bersama satu hari nanti.