Drama My Coffee Prince versi Malaysia yang kini sedang ditayangkan dan mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi turut menarik minat penerbit serta pengarah tersohor, Erma Fatima.
Menurut Erma dalam satu muat naik terbarunya di akaun Instagram, beliau cukup “enjoy” melihat lakonan serta keserasian Fattah Amin dan Janna Nick dalam drama tersebut.
Walaubagaimanapun, ada seorang pengikut yang mendakwa lakonan Fattah masih lagi “kayu” meskipun aktor itu sudah membintangi beberapa drama popular.
Namun, siapa sangka Erma membidas komen pengikutnya itu dan memuji Fattah sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang lakonan cuma beliau masih belum diberi peluang untuk membawakan watak yang lebih mencabar.
Rata-rata netizen bersetuju denga Erma dan mengakui lakonan Fattah sudah bertambah baik.
Pada kami lakonan Fattah sudah ada banyak perubahan berbanding sebelum ini cuma sesetengah orang masih lagi tidak boleh mengubah persepsi mereka terhadap Fattah dan tetap menganggap beliau pelakon “kayu”. Buat Fattah, bersabarlah dengan segala kecaman netizen, teruskan usaha untuk menggilap lagi bakat lakonan anda.