Fattah Amin Tersenarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018

Hiburan

Fattah Amin Tersenarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018

Masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada pelakon popular, Fattah Amin yang tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018.

Advertisement

Berada di kedudukan ke 76, Fattah menjadi satu-satunya lelaki Malaysia dalam senarai tersebut dan mengalahkan beberapa selebriti popular lain penyanyi antarabangsa, Harry Styles, pelakon terkenal Korea, Jung Hae- In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Senarai itu dikeluarkan oleh laman web Starmometer berdasarkan undian peminat di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.  Perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi Insta Stories beliau.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun. Dalam pada itu, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim turut berada dalam senarai itu di kedudukan ke-30.

Tahun ini, anggota kumpulan BTS, Jeon Jungkook telah dinobatkan sebagai lelaki paling seksi 2018.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Glam Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...