Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis – “Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke?”

Hiburan

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen  Boikot Rakan Artis – “Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke?”

Pelakon terkenal Fattah Amin meluahkan rasa pelik dengan tindakan segelintir pihak yang memboikot rakan artis hanya kerana menghadiri majlis perkahwinannya bersama penyanyi Amira Othman.

Menurut Fattah, 35, menghadiri majlis perkahwinan bukanlah satu kesalahan, sebaliknya satu usaha untuk merapatkan silaturahim dan menyebarkan kasih sayang sesama insan.

Advertisement

Saya tidak faham dengan benda itu. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim.

Lepas itu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

Tambah Fattah, meskipun wujud pihak yang bertindak demikian, dia memilih untuk berlapang dada dan mendoakan agar mereka diberi hidayah.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang The Garden Of Love Fattmira anjuran Usanita TV (UTV) pada Sabtu lalu.

Pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu turut menjelaskan bahawa dirinya tidak terlalu terkesan dengan isu tersebut, namun mengakui rakan-rakan artis yang menjadi mangsa boikot lebih merasai tekanan.

Sementara itu, Amira Othman turut sependapat dengan suaminya dan menegaskan bahawa mereka tidak kecil hati atau marah dengan tindakan segelintir individu tersebut.

Jadi anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati, kecil hati atau marah.

Tapi tak apa lah. Saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini.

Terdahulu, media sosial menjadi kecoh apabila segelintir netizen menyeru gerakan boikot terhadap beberapa selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.

Antara artis yang disebut termasuk Ernie Zakri, Anzalna Nasir, Nabila Razali, dan Fasha Sandha, yang turut hadir ke majlis resepsi pasangan itu di Johor minggu lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita che wan
2025-10-18 14:40:51

"Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet, Beruk, Ungka" - Che Ta Pertimbang 'Home School' Aaisya Dhia Rana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...