September 7th, 2017

Menjadi seorang selebriti bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih kalau anda sedang berada di puncak populariti seperti Fattah Amin. Segala kelakuan, tingkah laku, kata-kata dan penampilan akan sentiasa diperhatikan oleh para peminat dan juga media massa. Salah cakap sikit je, confirm jadi viral. Muka berubah sikit pun, confirm para peminat (terutamanya kipas susah mati) boleh nampak. Berat badan naik 1,2 kilogram pun confirm akan jadi bualan mereka.

fattah amin

Namun apa yang dilakukan oleh para peminat ini adalah untuk memastikan selebriti kegemaran mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top. Sentiasa sedap mata memandang. Kepekaan peminat Fattah Amin memang lain macam. Menerusi gambar di laman sosial pun boleh perasan kuku dah panjang, rambut dah panjang dan sebagainya. Kata Fattah Amin:-

Sebagai selebriti, saya tidak nafikan, peminat memerhatikan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bayangkan hanya melalui posting saya di media sosial sahaja, peminat boleh menyedari kuku saya panjang, rambut saya panjang dan mereka akan meminta saya untuk memotong bagi kelihatan lebih kemas. Atas faktor itu juga membuatkan saya lebih peka dengan penjagaan diri termasuklah meluangkan masa di spa atau salon untuk merapikan diri.

Tidak dinafikan bila sudah bergelar duta dan jurucakap kepada sesetengah produk kecantikan atau penjagaan diri, pasti saya perlu menjaga penampilan dan kebersihan. Sehinggakan kalau shooting, saya pastikan tidak terlalu terdedah kepada cahaya luar agar warna kulit saya tidak berubah. Tapi saya tidak rasa terbeban dengan semua itu kerana bagi saya itu kerja saya

fattah amin

Abang Nara suka dengan jawapan Fattah Amin. Memang ia adalah satu kerja untuk seorang selebriti untuk sentiasa menjaga penampilan diri. Kalau muka dah tak hensem, badan dah gemuk, jambang tak dijaga rapi, pasti pengarah-pengarah drama dan filem pun keberatan nak bagi tawaran berlakon. Selagi tengah banyak demand ini, buatlah yang terbaik untuk sentiasa tampil kacak bergaya. Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin kerana memahami tanggungjawab diri sebagai seorang selebriti. Sumber Sinar Harian.


Comments are closed.

Loading...