April 2nd, 2018

Populariti Fattah Amin kini belum dapat ditandingi mana-mana artis. Kata orang, beliau kini bagaikan goreng pisang panas dan menjadi kegilaan ramai. Namun, bila popular tentu akan ada gosip yang kurang enak didengar bukan?

Menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, ada peminat berkecil hati dan mendakwa Fattah kini sudah mula bersikap sombong kerana tidak mempedulikan sapaan peminat yang ingin bergambar dengannya. Difahamkan ketika itu peminat Fattah sedang menjamu selera di kafe milik aktor popular itu.

Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah masing-masing teruja apabila melihat kelibat Fattah. Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu.

Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka. Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki.

Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat? Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui kerana sebelum ini Fattah memang dipuji sebagai seorang selebriti yang sangat menghargai peminatnya. Fikir positif, mungkin Fattah tidak perasan sapaan peminat tersebut. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Fattah sendiri.

Sumber Berita : Berita Harian


92 responses to “Fattah Amin Sudah Mula Sombong Dengan Peminat?”

  1. Anonymous says:

    yng kau org burok sngka knpa.? cmburu dg kebahagian org ke..skurang2nya doakan smuga bhagia ke jnah

  2. aaaakulah says:

    lawak cam BATAK peminat lofa ngan fattzura ni..

    walaupun hakikatnya ketiga2 artis tu semua hanya gunakan fans utk populariti n business depa jek.
    kalau business depa btol2 berjaya tanpa kisah populariti dieorg, tengok la layan x layan jek peminat lepas tu.
    SO korang fans x yah la over sangat nk cover sana sini…cam la 3 eko tu kenal korang…over gile pasal artis…makhluk2 dlm umno dok sedap sedut duit negara korang leh wat bodo jek…anak cucu nanti mampus merempat dgn hutang..tp tu pun korang dok jilat lagi nora danish ngan nedim bab* tu

  3. lan says:

    Nara, dengan bill baru lulus parlimen tu kan, ko rasa ko boleh kena tangkap tak kalau ko up citer2 tak betul? aku tanya je. takut masuk lokap pulak nanti ko nak bagi anak bini makan apa ye dak?

Loading...