Sejak Fattah Amin dan Fazura bernikah, media sosial penuh sekali dengan kisah kemanisan hubungan mesra suami isteri. Baru-baru ini, Fattah membuatkan peminatnya lebih “cair” apabila mendedahkan beliau sudah memilih nama untuk bakal anaknya bersama Fazura. Fattah mendapat idea tersebut ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Ada dua nama yang sudah dipilih iaitu Fatimah Aishah untuk anak perempuan dan Fath pula untuk anak lelaki.
Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu. Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura.
Sedap juga nama-nama bakal cahaya mata pasangan sensasi Malaysia ini. Nampaknya macam Fattah sudah tidak sabar untuk bergelar bapa. Hehe. InshaAllah ada rezeki nanti.