Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fattah Amin Seorang Suami Yang Manja – Fazura

Berkenalan dalam waktu yang singkat dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing atau dalam erti kata lain bercinta  selepas berkahwin.

Masih lagi dalam mood bulan madu, Fazura mengakui suaminya itu adalah lelaki yang terbaik buat dirinya dan sebenarnya seorang yang sangat manja.

Advertisement

Kalau saya cakap nanti, orang kata saya mengada-ngada pula, tetapi Fattah sememangnya seorang suami yang baik dan sangat memahami. Dia tidak pernah memberikan sebarang tekanan kepada saya, apatah lagi mengongkong.

Kami bercinta selepas berkahwin. Apabila sudah menjadi isterinya, ada juga perangainya yang saya baru tahu. Antaranya, dia seorang yang manja. Kadang-kadang, apabila tiba masa nak tidur, dia akan suruh potongkan kuku. Jadi, kenalah bangun. Fattah juga seorang yang sabar dan pemaaf.

Sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, Fazura akui beliau dan Fattah saling melengkapi antara satu sama lain dan bahagia bersama.

Walaupun ada sesetengah pihak tidak selesa dengan kemesraan pasangan ini, tapi kita tidak boleh nafikan FattZura akan tetap dapat “mencairkan hati” ramai dengan kisah cinta serta kasih sayang  antara mereka berdua.  Semoga mereka kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

159 Comments

  1. Anonymous

    March 5, 2018 at 10:27 am

    KimK ckp,’ ada saya kesah’? Nanti lama2 mcm ude jumpa perempuan baru terus tak ada hati …… masa baru2 boleh lah ckp macam ni…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top