Fattah Amin Sedih Dapat Tahu Fazura Fail Perceraian Menerusi Media Sosial – “Tiada Wanita Lain, Saya Masih Sayangkan Dia”

Trending

Fattah Amin Sedih Dapat Tahu Fazura Fail Perceraian Menerusi Media Sosial – “Tiada Wanita Lain, Saya Masih Sayangkan Dia”

Pelakon Fattah Amin tampil menegaskan bahawa tiada wanita lain yang mencuri hatinya selain Fazura sekaligus menafikan dakwaan dirinya berlaku curang.

Pelakon itu juga meluahkan rasa sedih mengenangkan tindakan isterinya itu memfailkan perceraian pada Jumaat lalu dan hanya mengetahuinya menerusi media sosial.

Advertisement

Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).

Fattah juga memohon agar orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap dapat menyelesaikan isu dengan baik.

Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian.

Sebelum ini, muncul desas-desus mengatakan Fattah curang dengan ‘hijab stylist’ Fazura yang dikenali sebagai Syira Atiqah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

individu beri amaran pada penyondol fazura
4 weeks ago

"Puas Hati Kau Perempuan? Segala Video, WhatsApp, Gambar 'Hidden' Aku Dah..." - Pekerja Nur Fazura Beri Amaran Kepada 'Penyondol' Rumah Tangga Fattzura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...