Walaupun sesetengah pihak telah membantah dan menandatangani petisyen, namun kalau sudah tertulis rezeki, siapalah kita untuk menidakkannya? Fattah Amin telah pun disahkan untuk membintangi drama Coffee Prince versi Malaysia arahan Michael Ang. Penggambaran drama tersebut telah pun dimulakan hari ini di mana Fattah Amin akan bergandingan dengan Janna Nick sebagai hero dan heroin.
Sudah pasti para peminat Fattah Amin bergembira dengan berita ini. Kata Fattah Amin:-
Pertama sekali saya bersyukur atas rezeki ini dan kepercayaan diberikan oleh pihak Astro serta produksi apabila mereka memilih saya sebagai teraju utama drama ini.
Sejujurnya, saya tidak pernah menganggap segala apa yang berlaku sebelum ini, termasuk bantahan dan kritikan yang diberikan sesetengah peminat, sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, saya melihat semua itu dari sudut yang positif dan menjadikannya medan bagi mencabar diri.
Segala cabaran berkenaan pastinya membuatkan saya ingin berusaha memajukan diri dan bekerja dengan lebih keras lagi. Saya mahu memastikan mereka yang memandang negatif pada saya selama ini terus suka dengan watak yang saya lakonkan itu
Bagi Abang Nara, pemilihan Fattah Amin adalah tepat kerana namanya sedang popular. Sekurang-kurangnya jutaan peminat Fattah Amin sudah pasti akan menonton dan mengikuti drama ini. Tak sabar rasanya nak melihat olahan drama Coffee Prince untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.