Pelakon Fattah Amin, 34, berkongsi bahawa dia berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya, 5, walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat.
Fattah menyedari bahawa jika dia tidak meluangkan masa bersama Fatima, banyak momen berharga akan terlepas begitu sahaja. Katanya,
Kita patut gunakan peluang bersama anak sebaik mungkin, jangan tunggu ada duit dan masa baru nak bawa mereka bercuti. Kita sibuk cari duit, tapi dalam menunggu masa, anak-anak kita pun membesar.
Fattah juga menekankan bahawa walaupun wang boleh dicari, momen berharga bersama anak tidak boleh diulang jika terlepas. Ujarnya,
Jadi, bila dapat peluang, nikmatilah momen itu.
Fattah turut menjelaskan bahawa percutian terbarunya ke Hong Kong bersama keluarga adalah urusan peribadi, dan dia memilih untuk menikmati masa bersama keluarga tanpa terlalu berkongsi momen di media sosial. “Saya sejak dulu menjaga privasi. Kalau ada kesempatan, barulah saya kongsikan,” katanya.