Keputusan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah telah mengundang beberapa spekulasi dan khabar angin tidak benar mengenai perpisahan mereka.
Ada sesetengah pihak yang mendakwa Fattah memutuskan hubungan itu kerana beliau sudah semakin popular.
Walaubagaimanapun, Fattah menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan mereka sebenarnya sudah cuba  berbincang untuk menyelamatkan hubungan mereka sebelum berpisah secara baik.
Bukan sebab sudah jadi popular saya berpisah dengan dia! Spekulasi yang bertebaran ini tidak benar, mustahil saya sudah popular dan mahu berpisah dengan orang yang kita sayang. Saya harap sangat mereka di luar sana tidak meneruskan anggapan-anggapan ini.
Sebelum berpisah beberapa bulan lalu kami memang ada berbincang, tetapi menemui jalan buntu. Tidak ada jalan perdamaian. Dan akhirnya memilih untuk berpisah cara baik.
Meskipun mereka sudah membawa haluan masing-masing, masih ada lagi peminat yang menyimpan harapan untuk melihat Fattah dan Sherry berbaik semula.
Berbicara mengenai perkara berkenaan, Fattah juga tidak memberikan kata putus sama ada tiada lagi harapan untuk beliau dan Sherry  bersatu suatu hari nanti. Fattah menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan takdir dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Soal jodoh saya tidak boleh tentukan apa-apa, saya minta peminat doakan yang terbaik buat kami.
Kalau Fattah dan Sherry sememangnya ada jodoh bersama, pasti satu hari nanti mereka berdua akan kembali bersama. Bak kata Fattah, doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua.