October 11th, 2016

Berlakon bersama dan kelihatan agak intim menerusi beberapa foto di Instagram, ada dakwaan mengatakan Fattah Amin dan Neelofa sedang hangat bercinta. Ada yang suka mereka bergelar kekasih dan ada yang sebaliknya.

Peminat tegar kedua-dua pelakon itu juga ingin tahu adakah benar Fattah dan Neelofa sedang menjalinkan hubungan?

Mengulas mengenai gosip berkenaan, tuan empunya badan iaitu Fattah telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Fattah menjelaskan beliau dan Neelofa tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan kemesraan yang mereka pamerkan hanya sekadar untuk menjayakan drama Suri Hati Mr. Pilot.

Kalau ada beranggapan video atau gambar yang dimuat naik tampak romantik, itu hanya dalam lakonan. Perasaan itu tak terbawa-bawa ke luar lokasi. Cuma diakui perasaan romantik itu lebih sikit dalam drama ini berbanding kebanyakkan drama lakonan saya sebelum ini.

Saya berpendapat mungkin disebabkan mutu lakonan yang bertambah baik antara faktor penjiwaan watak saya dilihat berkesan. Apa-apa pun saya sudah memberikan yang terbaik.

Menurut Fattah, dari awal lagi beliau sudah bersedia jika ada pihak yang mengaitkan beliau dan Neelofa bercinta.

Sejak awal kami memuat naik gambar bersama lagi saya sudah mendengar perkara itu. Ia menunjukkan peminat memberikan perhatian kepada kami. Jadi saya sebagai pelakon mengambil ia sebagai sesuatu yang positif.

Anda sudah dengar sendiri bukan penjelasan penuh daripada Fattah Amin? Maknanya mereka yang meminati Fattah dan Neelofa ada la lagi peluang untuk mengorat  mereka bukan? Hehe…Dari awal lagi kami sudah tahu ia adalah cerita yang boleh menghangatkan lagi drama lakonan mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...