Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fattah Amin Nafi Gosip Bakal Bertunang Dengan Neelofa Tahun Ini

Sejak daripada bermulanya drama Suri Hati Mr Pilot sehinggalah hari ini, kisah “percintaan” Fattah Amin dan Neelofa masih terus hangat diperkatakan.  Terbaru, ada desas-desus mengatakan mereka bakal bertunang pada tahun ini.

Advertisement

Namun, perkara itu dinafikan oleh Fattah kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungan beliau dan Neelofa.

Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa. Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua.

Jelas Fattah beliau masih lagi berkawan seperti biasa dengan Neelofa dan mereka juga bakal bergandingan dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Insya-Allah dalam bulan Mac nanti kami akan bergandingan bersama dalam sebuah drama bersiri. Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Advertisement

Seperti yang Fattah katakan, kita doakan yang terbaik sahaja buat beliau dan Neelofa. Ya, memang ramai yang ingin melihat mereka bercinta, tetapi semua itu adalah ketentuan takdir. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top