Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fattah Amin Menang Aktor Terbaik WFC Singapore 2021 Menerusi Filem Mimaland

Fattah Amin

Pelakon popular, Fattah Amin tampil melakar sejarah peribadi apabila telah berjaya memenangi trofi Aktor Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021 menerusi lakonannya dalam filem seram, Mimaland.

Kemenangan istimewa itu diumumkan menerusi laman sesawang WFC Singapore 2021, semalam.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Fattah yang ditemui media berkata bahawa dia sama sekali tidak menyangka dan terkejut dengan kejayaan tersebut.

Ujarnya lagi, kemenangan tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan dan sebaik saja melihat nama tertera sebagai pemenang bagi aktor terbaik, dia terkejut dan merasakan masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam bidang lakonan.

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

“Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa..” katanya lagi.

Advertisement

Menjadikan anugerah tersebut sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih baik di masa hadapan, Fattah turut menjelaskan bahawa pemilihan pemenang bagi anugerah tersebut adalah berdasarkan penilaian juri profesional dan bukannya atas undian penonton.

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Terdahulu, filem Mimaland telah diangkat sebagai Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 yang diadakan di Toronto, Kanada.

Perkembangan terkini, Fattah difahamkan sedang berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan apabila dia akan mengendalikan program realiti berkonsepkan keusahawanan bertajuk Sukses 4.0 untuk siaran Astro Awani.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama