October 12th, 2018

Pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura umpama pinang dibelah dua. Ke’sweet’an dan keromantisan pasangan ini sememangnya menyebabkan banyak pihak gembira melihat keletah mereka berdua. Kehadiran mereka berdua ke ABPBH31 baru-baru ini memeriahkan lagi majlis tersebut. Memang sama cantik sama padan. Tak salah untuk dikatakan mereka berdua adalah ‘pasangan of the year’.

fazura fattah amin

Terbaru, Fattah Amin telah meluahkan rasa bertuahnya kerana telah mengahwini Nur Fazura. Menurut Fattah, kehadiran Fazura di sisinya menyebabkan dirinya lebih bersemangat. Kata Fattah Amin:-

Alhamdulillah saya ditemukan jodoh dengan Fazura. Saya rasa sangat-sangat bertuah dapat berkahwin dengan dia yang sangat berpengalaman dalam industri. Dia seorang yang yakin dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang luar. Bila saya dapat berkahwin dengan dia, barulah saya kenal dia betul-betul. Fazura bagi sokongan penuh, banyak memberi nasihat dan aura positif kepada saya. Itu yang membuatkan saya rasa semangat selepas berkahwin.

Saya pernah rasa putus asa. Tapi apabila saya duduk dan fikir semula kenapa perlu saya rasa sebegitu kalau tak dari awal lagi saya patut berhenti. Tapi saya ambil semua komen negatif tu jadikan satu cabaran untuk buktikan yang saya boleh buat yang lebih baik. Sebenarnya semua yang negatif itu membuatkan saya berfikir ini adalah waktu untuk saya maju ke hadapan dan saya terus belajar sampai saya berada di mana saya berada sekarang.

fazura fattah amin

Secara jujurnya, memang riak wajah Fattah Amin tampak lebih gembira, sempurna dan bahagia selepas berkahwin dengan Nur Fazura. Mereka berdua kelihatan saling melengkapi antara satu sama lain. Pastinya ramai peminat kedua-dua selebriti ini tidak sabar untuk melihat mereka menimang cahaya mata. Semoga perkahwinan Fattah dan Fazura akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan yang terbaik.


133 responses to “Fattah Amin Luah Rasa Bertuah Dapat Kahwin Dengan Nur Fazura”

  1. Anonymous says:

    Makin meluat plak..bila org x matang dpt kawin camni la.. ingat ni zaman cinta monyet ke nk x habis2 nk tayang sweet2 kt org…

  2. Bertuah says:

    gigih dok campaign bercinta selepas kawen gitu. eh org tak heran lah.
    tak yah keco sgt dok bertuah sana bertuah sini.
    beriye2 sgt pon x elok. ble2 masa tuhan boleh tarik nikmat,
    ni dh over sgt korg ni. agak2 lah weeiii. org meluat org akn buat fitnah. baca komen kat cni pon dh ckp mcm2 yg tak elok. lebih baik diam2. bkn tak boleh komen yg simple2 je. knp perlu detail sgt? bersederhana kan elok
    esk bercerai berai nk ckp tuah dh hilang ke?

  3. sorie bah says:

    fazura nmpk kejung kt kpla.nmpk mcm kaki control.ops sowie..

  4. San Marino says:

    Biar gossip di tampar jangan gossip blowjob ya

  5. aaaa says:

    second hand eh entah no ke berapa yang bertuah ni. Dia bangga tapi orang senyum sinis kat tepi.

Loading...