October 12th, 2018

Pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura umpama pinang dibelah dua. Ke’sweet’an dan keromantisan pasangan ini sememangnya menyebabkan banyak pihak gembira melihat keletah mereka berdua. Kehadiran mereka berdua ke ABPBH31 baru-baru ini memeriahkan lagi majlis tersebut. Memang sama cantik sama padan. Tak salah untuk dikatakan mereka berdua adalah ‘pasangan of the year’.

fazura fattah amin

Terbaru, Fattah Amin telah meluahkan rasa bertuahnya kerana telah mengahwini Nur Fazura. Menurut Fattah, kehadiran Fazura di sisinya menyebabkan dirinya lebih bersemangat. Kata Fattah Amin:-

Alhamdulillah saya ditemukan jodoh dengan Fazura. Saya rasa sangat-sangat bertuah dapat berkahwin dengan dia yang sangat berpengalaman dalam industri. Dia seorang yang yakin dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang luar. Bila saya dapat berkahwin dengan dia, barulah saya kenal dia betul-betul. Fazura bagi sokongan penuh, banyak memberi nasihat dan aura positif kepada saya. Itu yang membuatkan saya rasa semangat selepas berkahwin.

Saya pernah rasa putus asa. Tapi apabila saya duduk dan fikir semula kenapa perlu saya rasa sebegitu kalau tak dari awal lagi saya patut berhenti. Tapi saya ambil semua komen negatif tu jadikan satu cabaran untuk buktikan yang saya boleh buat yang lebih baik. Sebenarnya semua yang negatif itu membuatkan saya berfikir ini adalah waktu untuk saya maju ke hadapan dan saya terus belajar sampai saya berada di mana saya berada sekarang.

fazura fattah amin

Secara jujurnya, memang riak wajah Fattah Amin tampak lebih gembira, sempurna dan bahagia selepas berkahwin dengan Nur Fazura. Mereka berdua kelihatan saling melengkapi antara satu sama lain. Pastinya ramai peminat kedua-dua selebriti ini tidak sabar untuk melihat mereka menimang cahaya mata. Semoga perkahwinan Fattah dan Fazura akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan yang terbaik.


133 responses to “Fattah Amin Luah Rasa Bertuah Dapat Kahwin Dengan Nur Fazura”

  1. Anonymous says:

    fazura kecik2 dah travell..pakai baju chanel..patut la bagi dia nothing brand2 ni..g luar negara pun nothing..selalu g oversea kot masa kecik..mak sedara kawin kerabat brunei..fuh..but still keep low bila pasal family….

  2. greenfingers says:

    Yg aku perati, apa saja umpatan kejian dari netizen lopak buat bodoh ja ye, kebal btl hati dia. Dia xda nk bermuka-muka. Klu pajura plak, dia suka balas dgn komen ala2 angel gitu, pakej skali dgn sarcastic komen.

  3. Anonymous says:

    nk tanya Fatah..ko bahagiakn sbb dpt dara..itu mmg ko patut happy..atau sebaliknya..ko pura2 happy…terima seadanya je..ke.

  4. Justin says:

    Dah lah tu cik adik, cik akak, cik abang,
    Jum muhasabah diri, kiamat dah nak dekat ni.
    Jangan bala kat Palu tu menimpa kita..tapi syukur Malaysia belum ada lagi kesyirikan tapi LGBT pun menakutkan juga.
    Ya Allah kau selamatkanlah bumi Malaysia.
    Amin!!!

  5. Fattah Jejuling says:

    hahahah. bertuah la sebab Fattah Amin bakat apa pun xdak. kejung ja blakon. Harap muka ja..tu pun mata ada juling. Harap aura fazura jela.

    • Anonymous says:

      aura apa yg fazura fake ko bawak,,dia tu tmpang populariti fattah..fattah tu kalo x top mcm skrg ko ingt dia hingin ke??pndg pun x smblm nie..si fake tu pun sendu je sblm nie..skrg top pun dengan adegan2x meloyakan tu..org lain pun khwn jgkk n bhgia x tnjuk pun kat satu dunia..semak mata ak tgk mna2x keluar cte psl diorg nie. mohon pindah ke planet lain..bawak skali ngan fans taksub dorn nie..fans yg sentiasa LAPAR nk tgk adegan MESRA diorg.

Loading...