Fattah Amin Luah Rasa Bertuah Dapat Kahwin Dengan Nur Fazura

Hiburan

Fattah Amin Luah Rasa Bertuah Dapat Kahwin Dengan Nur Fazura

Pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura umpama pinang dibelah dua. Ke’sweet’an dan keromantisan pasangan ini sememangnya menyebabkan banyak pihak gembira melihat keletah mereka berdua. Kehadiran mereka berdua ke ABPBH31 baru-baru ini memeriahkan lagi majlis tersebut. Memang sama cantik sama padan. Tak salah untuk dikatakan mereka berdua adalah ‘pasangan of the year’.

fazura fattah amin

Advertisement

Terbaru, Fattah Amin telah meluahkan rasa bertuahnya kerana telah mengahwini Nur Fazura. Menurut Fattah, kehadiran Fazura di sisinya menyebabkan dirinya lebih bersemangat. Kata Fattah Amin:-

Alhamdulillah saya ditemukan jodoh dengan Fazura. Saya rasa sangat-sangat bertuah dapat berkahwin dengan dia yang sangat berpengalaman dalam industri. Dia seorang yang yakin dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang luar. Bila saya dapat berkahwin dengan dia, barulah saya kenal dia betul-betul. Fazura bagi sokongan penuh, banyak memberi nasihat dan aura positif kepada saya. Itu yang membuatkan saya rasa semangat selepas berkahwin.

Saya pernah rasa putus asa. Tapi apabila saya duduk dan fikir semula kenapa perlu saya rasa sebegitu kalau tak dari awal lagi saya patut berhenti. Tapi saya ambil semua komen negatif tu jadikan satu cabaran untuk buktikan yang saya boleh buat yang lebih baik. Sebenarnya semua yang negatif itu membuatkan saya berfikir ini adalah waktu untuk saya maju ke hadapan dan saya terus belajar sampai saya berada di mana saya berada sekarang.

fazura fattah amin

Secara jujurnya, memang riak wajah Fattah Amin tampak lebih gembira, sempurna dan bahagia selepas berkahwin dengan Nur Fazura. Mereka berdua kelihatan saling melengkapi antara satu sama lain. Pastinya ramai peminat kedua-dua selebriti ini tidak sabar untuk melihat mereka menimang cahaya mata. Semoga perkahwinan Fattah dan Fazura akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...