Baru-baru ini, pelakon terkenal Fattah Amin telah menarik perhatian warga maya apabila memilih wanita bijak berbanding cantik.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @hanumsubri, terlihat Fattah yang duduk bersilang kaki di atas kerusi sedang menjawab soalan yang ditanya.
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin telah diminta untuk memilih satu jawapan yang menggambarkan dirinya.
Rata-rata warga maya bersetuju dengan jawapan yang dipilih pelakon itu kerana pelakon tersebut dikatakan lebih berminat dengan wanita bijak berbanding cantik.
Sementara itu, ibu Fattah, Azizah berkata anak sulungnya itu seorang yang baik dan pandai membawa diri.
Malah, Azizah memaklumkan anaknya itu paling gemar masakan sambal udang.
Masakan saya yang paling dia suka adalah sambal udang.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang mengatakan mereka mempunyai persamaan dengan Fattah kerana telah memilih jawapan yang sama dalam permainan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.