Percutian Fattah Amin dan Fazura ke Koh Samui sehingga hari ini masih mencetuskan perbalahan di kalangan peminat Lofattah dan Fattzura. Semuanya, kerana Fattah, Fazura dan Neelofa bercuti di tempat yang sama.
Malah, ada juga peminat Lofattah yang kurang gemar melihat aktor itu terlalu mesra dengan Fazura dan ditambah pula dengan isu Fattah menukar penerbangan ke Koh Samui kerana tidak mahu berada dalam satu pesawat yang sama dengan Neelofa.
Fattah yang menyedari hal tersebut bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing dengan segala komen-komen negatif yang diterima.
Saya perasan bila makin ramai peminat maka ramai jugalah ‘haters’ yang datang. Bagi saya senang saja, ‘haters gonna hate forever’. Mereka akan cari apa saja kesalahan walaupun sebesar zarah. Kadang-kadang mereka ini yang mengata lebih padahal tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Selagi namanya ‘haters’, mereka memang gemar mencetuskan perbalahan di media sosial.
Saya dengar ada orang kata saya ramai ‘haters’ dan perkara itu bakal menjatuhkan saya. Kita kena ingat, rezeki semua bukan datangnya daripada ‘haters’ tapi pada Allah.Saya percaya selagi ada peminat sejati yang sentiasa menyokong dan percaya pada saya, Insha Allah saya makin kuat.
Fattah sebelum ini dalam sebuah kenyataan memberitahu agar peminat jangan lagi mengaitkan nama beliau bersama Neelofa. Dah tiba masanya untuk peminat Lofattah “move on” dan tidak perlu berbalah lagi kerana sebenarnya ia tidak mendatangkan sebarang faedah. Relaks je..