Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya, Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan – “Segala Penat Lelah, Komitmen Diberikan…”

Hiburan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya, Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan – “Segala Penat Lelah, Komitmen Diberikan…”

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa kecewa kerana filem lakonannya berjudul Kulit Wayang gagal mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak ditayangkan pada 8 Mei lalu.

Kata aktor tinggi lampai itu, dia sangat mengharapkan karya lakonannya itu meriah perhatian dan ditonton masyarakat kerana telah berusaha dan memberikan komitmen besar sepanjang penggambaran.

Advertisement

Kali pertama saya tonton lakonan saya dalam filem ini pun, saya sendiri bersyukur kerana segala penat-lelah dan komitmen yang diberikan berjaya diterjemahkan dengan sebaiknya.

Fattah Amin

Kredit: Ahmad Ukasyah/Harian Metro

Watak Tok Dalang yang saya bawakan bukan mudah kerana perlu berdialek Kelantan dan bermain wayang kulit. Tapi saya rasa mungkin penerbit atau pengarah ada strategi tersendiri, mungkin mereka mahu menghantar filem ini ke festival filem, bukan sasarkan kutipan box office

Bapa anak seorang itu berpendapat salah satu faktor filem tersebut tidak dapat menambat hati penonton mungkin disebabkan genre dan persepsi awal orag ramai tentang tema yang dibawakan.

Saya rasa mungkin sebab genre. Ramai yang beranggapan filem ini hanya berkisarkan wayang kulit, jadi ada yang skeptikal.

poster filem Kulit Wayang

Selain itu, mungkin ada yang fikir filem ini hanya untuk orang Pantai Timur, tapi sebenarnya bila mereka tonton, kebanyakannya beri pujian dan sedar filem ini bukan untuk orang Kelantan, Pantai Timur atau penggemar wayang kulit semata-mata.

Meskipun waktu tayangan bukan keputusan dibuatnya, Fattah berkata mungkin juga kerana banyak filem tempatan ditayangkan pada bulan yang sama namun menganggap itu satu persaingan yang sihat untuk industri ini.

peminat nak movie BASS
2 days ago

Peminat Nak Filem Kisah #BASS Ditayangkan, Eizlan Yusof Tunggu 'Green Light' Dari Syed Saddiq & Bella Astillah - "Produser Pun Dah Bersedia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...