August 24th, 2017

Kuala Lumpur Fashion Week telah pun tamat kira-kira seminggu. Memang banyak fesyen-fesyen menarik yang diperagakan sepanjang acara tersebut. Namun paling mencuri perhatian ialah kehadiran Fattah Amin yang telah tampil menghadiahkan sejambak bunga kepada Fazura. Fattah telah naik ke atas pentas sebaik sahaja Fazura selesai mempersembah himpunan rekaan jenamanya, House of Dolls. Aksi ini telah mendapat sorakan daripada para penonton yang hadir.

fazura fattah

Para pengikut Fazura dan Fattah Amin di laman sosial juga masing-masing melahirkan rasa teruja dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon ini. Rata-rata melahirkan rasa tak boleh “move on” dengan gandingan #Fattzura ini yang terhasil di dalam drama Hero Seorang Cinderella.

fazura fattah

Untuk makluman, kehadiran Fattah adalah atas jemputan peribadi dari Fazura sendiri. Namun bukanlah Fattah seorang sahaja yang dijemput, namun beberapa orang rakan Fazura yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen tersendiri.

fazura fattah

Sudah pasti para peminat tegar Fattah Amin dan Fazura mahukan pelakon ini bergandingan sekali lagi di dalam drama sekaligus mencentus fenomena hebat. Sama-sama kita nantikan sama ada akan ada drama yang menampilkan mereka berdua. Apa pun, Abang Nara suka melihat hubungan silaturahim yang terjalin antara mereka berdua. Memang nampak “genuine” dan tidak dibuat-buat.

fazura fattah

Semoga hubungan yang terjalin ini akan berkekalan dan mana tahu suatu hari nanti akan tercipta rasa yang lebih jauh. Sama-sama kita doakan.


Comments are closed.

Loading...