Amboi, amboi, amboi. Romantik sungguh Fattah Amin ini. Tak sangka pula. Untunglah Fazura kerana telah menerima 500 kuntum bunga mawar putih dan merah jambu daripada Fattah Amin bersempena dengan hari jadinya baru-baru ini. Abang Nara rasa memang ada ‘sesuatu’ antara mereka berdua ini, cuma Fattah dan Fazura masih mahu berahsia. Kalau dah sampai tahap 500 kuntum bunga, takkan kawan-kawan biasa je kan?
Fazura juga telah menjawab “mungkin” apabila ditanya sama ada dirinya adalah insan paling istimewa di mata Fattah Amin. Tak sabar pula nak menanti jawapan “mungkin” itu bertukar kepada “iye” suatu hari nanti. Kata Fazura:-
Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran. Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya
Nampak gayanya lepas ini susahlah para jejaka di luar sana nak cari makan kerana Fattah Amin dah letak standard yang tinggi. 500 kuntum bunga beb. Abang Nara paling kuat pun bagi 7 kuntum je kat isteri tercinta. Ternyata Fazura adalah seseorang yang sangat istimewa buat Fattah. Semoga hubungan mereka ini akan ke fasa seterusnya satu hari nanti. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.