Bersyukur kerana akhirnya bertemu jodoh serta sudah sah bergelar suami kepada aktres popular, Fazura, Fattah Amin berharap peminat dan masyarakat dapat mendoakan yang baik-baik sahaja buat perkahwinan mereka.
Saya amat bersyukur dan gembira dengan rezeki serta jodoh yang telah ditakdirkan ke atas diri saya. Ini semua adalah kehendak-Nya. Dalam masa yang sama, saya juga mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak untuk menggalas tanggungjawab ini.
Fattah juga sekali lagi memohon maaf dan memberitahu beliau dan Fazura tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka.
Tujuan majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup adalah atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang menyifatkan ia terlalu peribadi dan berharap peminat dan rakan media menghormati keputusan mereka itu.
Kami melakukannya atas permintaan keluarga dan kami sangat berharap agar rakan media serta peminat menghormati permintaan tersebut. Selain itu, soal prosedur permohonan nikah, kami mahu ia menjadi perkara peribadi. Kami akan kongsi perkara yang kami rasa boleh dikongsi. Saya berterima kasih atas doa daripada semua pihak.
Hidup berumah tangga pasti akan ada cabarannya, tetapi setiap pasangan itu harus jujur, setia, saling mempercayai antara satu sama lain demi mengekalkan perkahwinan yang dibina. Semoga Fattah dan Fazura kekal sehingga ke jannah.