Kecoh sungguh di laman sosial semalam selepas episod MeleTOP ke udara malam semalam. Ini semua gara-gara kehadiran Fattah Amin dan Fazura ke rancangan tersebut. Yang menjadikan ia lebih panas adalah apabila pengacara yang ditampilkan semalam adalah Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf, bukannya Nabil dan Neelofa seperti biasa.
Kalau tak silap Abang Nara, Neelofa ada memaklumkan yang dia bakal terbang menunaikan umrah pada bulan puasa ini. Kemungkinan itulah sebab ketidakhadiran Neelofa di MeleTOP semalam. Kehilangan Neelofa dan Nabil semalam telah menyebabkan akaun Instagram @meletop dihujani puluhan ribu komen. Ada yang menyindir Neelofa, ada yang rindukan Neelofa, ada yang mahu Siti Nordiana dan IM Asyraf dilantik jadi hos tetap dan macam-macam lagi. Antara komen yang menarik:-
Boleh tahan pedas juga komen-komen yang ditulis di laman sosial tentang episod MeleTop semalam. Tak sangka ramai juga para peminat yang fanatik. Inilah kehebatan pengaruh selebriti di tanah air kita. Apa pun, pasti Neelofa ada penjelasannya sendiri tentang kehilangannnya semalam. Sama-sama kita nantikan.
P.S: Pastikan masa membeli-belah barang dapur untuk persiapan hari raya kelak, kita #janganlebihlebih dan melakukan pembaziran. Buat pengiraan elok-elok dan beli yang perlu sahaja. Walaupun Ramadhan dah nak hampir tamat, kita kena terus terapkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir. Tak gitu?