Fattah Amin Difitnah Curang Sehingga Bercerai, Mahkamah Tinggi Arahkan Pasangan ‘Influencer’ Turunkan ‘Posting’

Hiburan

Fattah Amin Difitnah Curang Sehingga Bercerai, Mahkamah Tinggi Arahkan Pasangan ‘Influencer’ Turunkan ‘Posting’

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pasangan suami isteri menurunkan semua hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadap pelakon Fattah Amin berhubung punca perceraian beliau dengan selebriti Fazura, memetik Harian Metro.

Pempengaruh media sosial, Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, selaku defendan pertama dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, 29, defendan kedua, sebelum ini menerbitkan hantaran menuduh Fattah berlaku curang terhadap bekas isterinya.

Advertisement

Peguam Mohd Faiz Iskandar Hamzah, mewakili Fattah, berkata Hakim Datuk Anand Ponnudurai membenarkan permohonan injuksi ad-interim supaya kedua-dua defendan menurunkan hantaran berkenaan.

“Hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi ex-parte, dan mahkamah membenarkan perintah ad-interim supaya defendan menurunkan semua hantaran serta dihalang daripada menerbitkan apa-apa kenyataan berhubung plaintif, khususnya dakwaan kononnya berlaku curang,” katanya selepas prosiding secara dalam kamar yang Fattah tidak hadir.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 26 Ogos lalu, Fattah, 35, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, mendakwa hantaran fitnah itu diterbitkan pada 29 Julai dan 22 Ogos 2025 di akaun Threads defendan. Kenyataan itu dikongsi secara meluas, termasuk beberapa portal hiburan, sehingga menimbulkan reaksi negatif masyarakat terhadap Fattah.

afi hamri

Menurut Fattah, hantaran itu membawa maksud beliau berlaku curang dengan seorang wanita dan punca perceraian dengan Fazura.

“Defendan secara bersama menerbitkan kenyataan fitnah tanpa pengesahan daripada saya dengan tujuan mencemar nama baik, menjatuhkan reputasi, dan memalukan saya di mata masyarakat serta profesional saya,” katanya.

Fattah memohon injunksi supaya defendan tidak menerbitkan lagi kenyataan berunsur fitnah, membuat permohonan maaf bertulis di akaun Threads mereka dan mana-mana media sosial di bawah kawalan mereka, serta menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM5 juta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rebecca nur al islam
2025-09-04 10:54:09

Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunai Umrah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...