March 6th, 2017

Fattah Amin kini ibarat goreng pisang panas yang cukup laku, mana tidaknya, baru sahaja gosip percintaan beliau dan Neelofa mula reda, kini timbul pula dakwaan baru mengatakan Fattah sedang intim dengan seorang wanita berstatus VIP.

Menurut Cik Pang di Harian Metro, wanita berkenaan merupakan seorang selebriti juga dan mula rapat dengan Fattah selepas Neelofa mengumumkan beliau tidak lagi mempunyai hubungan cinta dengan aktor lelaki itu.

Terbeliak mata Cik Pang apabila dikhabarkan pelakon yang sedang hangat namanya sekarang, Fattah Amin dikatakan rapat dengan bekas isteri orang penting yang juga selebriti.

Cik Pang tidak menafikan selebriti ini memang selalu saja dilihat hadir di majlis keramaian terutama membabitkan dunia hiburan. Mungkin sering kali bertemu di majlis membabitkan dunia hiburan membuatkan mereka mula berkenalan antara satu sama lain.

Begitupun, serius mana hubungan antara mereka ini tidak pula Cik Pang ketahui. Cuma menurut sumber yang bercerita kepada Cik Pang, Fattah dan selebriti yang tidak kurang jelitanya ini mula berkenalan rapat selepas Fattah dan Neelofa membuat kenyataan yang mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidak kami ketahui, dan tiada sebarang kenyataan rasmi yang keluar daripada mulut Fattah. Tidak mustahil juga mungkin mereka sekadar berkawan antara selebriti.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...