Fattah Amin Dan Sherry Ibrahim Putus Cinta Kerana Wanita Bernama Hanis Arif ?

Hiburan

Fattah Amin Dan Sherry Ibrahim Putus Cinta Kerana Wanita Bernama Hanis Arif ?

Bila Fattah Amin dan Sherry Ibrahim putus cinta, ramai yang peminat yang kecewa. Ada yang tidak boleh terima kenyataan mereka sudah berpisah.

Advertisement

Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai punca perpisahan mereka dan salah satunya adalah dimana Fattah dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama seorang wanita dikenali sebagai Hanis Arif.

Hanis merupakan seorang pengusaha tudung dan juga Instafamous yang mempunyai lebih daripada 180 ribu pengikut di Instagram.

Walaubagaimanapun, Hanis menerusi portal mStar Online mengakui  terkejut apabila dirinya dikaitkan sebagai orang ketiga punca perpisahan Fattah dan Sherry. Meskipun sudah saling mengenali selama 3 tahun, Hanis nafi mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah.

Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.

Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.

Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial.

Menurut Hanis, beliau tidak menghubungi ataupun berjumpa dengan Fattah selepas pertemuan tersebut. Hanis tidak menolak kemungkinan mungkin ia satu salah faham kerana beliau adalah wanita terakhir yang kelihatan keluar dengan Fattah sebelum berita putus cinta pelakon tersebut tersebar.

Saya melihat kisah ini agak kelakar, mungkin saya wanita terakhir yang orang nampak bersama Fattah sebelum dia mengumumkan putus cinta itu. Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang.

Hanis memberitahu beliau menerima pelbagai komen dan mesej daripada peminat Fattah yang memarahi serta menuduh beliau cuba mengganggu hubungan Fattah dan Sherry. Namun, Hanis tidak mahu ambil pusing akan kata-kata tersebut kerana beliau sememangnya tidak bersalah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...