Mula rapat ketika bergandingan dalam dram Hero Seorang Cinderella, hubungan Fattah Amin dan Nur Fazura sehingga hari ini masih lagi mesra dan kekal. Malah, kedua-duanya sering kelihatan bersama baik untuk menghadiri apa-apa acara ataupun sekadar bersantai sahaja.
Terbaru, ada khabar angin mengatakan Fattah dan Fazura bakal bertunang pada 13 November ini lebih-lebih lagi wujud pula hashtag #roadtopekan yang menguatkan lagi berita tersebut.
Walaubagaimanapun, Fattah menafikan berita pertunangan tersebut dan menganggap ia adalah doa peminat buat beliau dan Fazura.
Mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan. Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua.
Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya, termasuk cara mengharungi kehidupan dalam industri hiburan. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria. Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk menjadi sepertinya.
Manalah tahu satu hari nanti doa peminat untuk Fattah dan Fazura bersama akan termakbul? Lagipun, hubungan mereka berdua sehingga hari ini tidak mempunyai sebarang masalah dan semakin hari semakin rapat.