Fattah Amin Dan Neelofa Dikatakan Sedang Bercinta?

Hiburan

Fattah Amin Dan Neelofa Dikatakan Sedang Bercinta?

Rasanya baru sahaja bukan berita Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Fattah sudah pun bertemu pengganti. Eh, biar betul? Apa yang memeranjatkan kami ialah Fattah dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Neelofa.

Menurut Miss K menerusi portal Astro Gempak, bibit percintaan antara Fattah dan Neelofa timbul ketika kedua-duanya digandingkan didalam drama Suri Hati Mr. Pilot.

Tambah sumber Miss K, sejak daripada terlibat didalam drama berkenaan, mereka sering menghabiskan masa berdua sahaja.

Malah, jika anda perhatikan Fattah dan Neelofa juga sering memuat naik foto mesra berdua di laman Instagram masing-masing.

Sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah kami ketahui, tetapi jika benar mereka sedang bercinta  apa salahnya? Fattah Amin dan Neelofa pun masih lagi solo.  Contohnya Amar Baharin dan Amyra Rosli, sejak digandingkan bersama dalam beberapa drama, timbul rasa cinta dalam hati dan akhirnya bakal disatukan tidak lama lagi. Apa pendapat anda? Sesuai tak Fattah dan Neelofa?

Sumber Berita : Astro Gempak


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...