Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fattah Amin Dan Neelofa Dibayar Untuk Wujudkan Gosip Sedang Bercinta?

Sejak kebelakangan ini, nama Fattah Amin dan Neelofa cukup mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana lakonan mereka didalam drama Suri Hati Mr. Pilot, tetapi kemesraan kedua-dua pelakon berkenaan ketika diluar set penggambaran.

Advertisement

Boleh dikatakan, kerapa juga Fattah dan Neelofa memuat naik foto dan video mesra mereka berdua di Instagram sehingga timbul gosip mereka  bercinta.

Meskipun mereka menafikan sedang bercinta, peminat seakan tidak boleh menerima pengakuan mereka. Wah, memang hebat betul penangan kemesraan Fattah dan Neelofa.

Namun, menurut Poklip di Utusan Online,  beliau ada menerima khabar angin mengatakan Fattah dan Neelofa sebenarnya dibayar untuk mewujudkan gosip percintaan berkenaan. Ini semata-mata untuk mempromosikan drama Suri Hati Mr. Pilot sahaja.

Difahamkan, kedua-dua pelakon itu dikatakan perlu memuat naik gambar atau video romantis bagi mewujudkan spekulasi.

Advertisement

Pada pendapat kami, jika benar mereka dibayar, Fattah dan Neelofa nampaknya sudah berjaya “memancing” hati penonton dan mungkin orang yang tidak pernah menonton drama lakonan mereka juga  turut menjadi peminat  drama berkenaan sekarang.

Kalau ada pun rasa cinta yang berputik didalam hati mereka, kami rasa tidak salah untuk Fattah Amin dan Neelofa bercinta.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama