Sejak kebelakangan ini, nama Fattah Amin dan Neelofa cukup mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana lakonan mereka didalam drama Suri Hati Mr. Pilot, tetapi kemesraan kedua-dua pelakon berkenaan ketika diluar set penggambaran.
Boleh dikatakan, kerapa juga Fattah dan Neelofa memuat naik foto dan video mesra mereka berdua di Instagram sehingga timbul gosip mereka bercinta.
Meskipun mereka menafikan sedang bercinta, peminat seakan tidak boleh menerima pengakuan mereka. Wah, memang hebat betul penangan kemesraan Fattah dan Neelofa.
Namun, menurut Poklip di Utusan Online, Â beliau ada menerima khabar angin mengatakan Fattah dan Neelofa sebenarnya dibayar untuk mewujudkan gosip percintaan berkenaan. Ini semata-mata untuk mempromosikan drama Suri Hati Mr. Pilot sahaja.
Difahamkan, kedua-dua pelakon itu dikatakan perlu memuat naik gambar atau video romantis bagi mewujudkan spekulasi.
Pada pendapat kami, jika benar mereka dibayar, Fattah dan Neelofa nampaknya sudah berjaya “memancing†hati penonton dan mungkin orang yang tidak pernah menonton drama lakonan mereka juga turut menjadi peminat  drama berkenaan sekarang.
Kalau ada pun rasa cinta yang berputik didalam hati mereka, kami rasa tidak salah untuk Fattah Amin dan Neelofa bercinta.