Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Shariffuddin, 34, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi.
BH Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat itu.
Fazura dikatakan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini, disolek oleh Sheila Mohamed dan Fattah telah mengenakan baju Melayu.
Kita tunggu sahaja pengesahan dari pasangan ini nanti. Penulis pasti ramai tidak sabar untuk melihat video dan gambar dari majlis pernikahan yang dibaratkan seperti pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Gyo yang juga mula bercinta di lokasi penggambaran drama dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Tahniah diucapkan! – beautifulnara.com