Beberapa jam lepas, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura telah memuat naik video dari majlis pertunangan yang berlangsung 13 November lepas di banglo kediaman nenek Fazura
Pasangan ini dikatakan bakal bernikah hujung tahun ini dan proses dokumentasi sedang diuruskan oleh syarikat pengurusan mereka. Majlis resepsi mereka akan dilaksanakan tahun hadapan, satu untuk keluarga, rakan rapat dan pihak media manakala satu lagi akan dianjurkan untuk peminat.
Video-video itu boleh ditonton di bawah:
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bersama kita doakan semuanya berjalan lancar sehingga tarikh pernikahan. Pasangan ini pertama kali digandingkan dalam drama arahan Michael Ang, Hero Seorang Cinderella yang menjalani penggambaran awal tahun ini.
– beautifulnara.com