Khabarnya, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pernikahan malam ini di hotel Ritz Carlton. Bukit Bintang, menurut laporan mStar Online.
Pemberita mStar berada di hotel itu sejak 6.00 petang turut terserempak pengurus Fazura iaitu Iman Thang berada di hotel itu, manakala beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar di lobi hotel. Malah, pada pukul 6.30 petang dua lelaki dilihat tiba di hotel, dipercayai membawa pakaian pengantin berwarna putih dan turquoise sebelum diiringi pengawal peribadi tadi naik ke tingkat atas menggunakan lif.
Pihak mStar mendapati perkarangan hotel tenang saja cuma pada 8.00 malam sepasang individu berbaju kurung dan baju melayu warna turquoise dilihat muncul dipercayai untuk ke majlis pernikahan tersebut. Pasangan itu disambut oleh seorang lelaki dengan pakaian baju Melayu warna yang sama menyambut dua individu berkenaan untuk naik ke tingkat 29.
Hasil pemerhatian wakil mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna turquoise muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.
Namun begitu, hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan. Tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Sebelum ini pasangan itu pernah memberitahu akan berkahwin hujung tahun ini dan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun hadapan, untuk keluarga dan untuk peminat. Jika benar, tahniah diucapkan. – beautifulnara.com