Fattah Amin Buka Mulut Mengenai Permohonan Komital Bekas Isteri – “Saya Yakin Saya Buat Perkara Betul”

Hiburan

Fattah Amin Buka Mulut Mengenai Permohonan Komital Bekas Isteri – “Saya Yakin Saya Buat Perkara Betul”

Pelakon popular, Fattah Amin tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan yang tular, dengan menegaskan bahawa setiap tindakannya dibuat atas dasar yang kukuh dan bukan tanpa sebab.

Menerusi satu potongan klip siaran langsung di TikTok, Fattah menjelaskan bahawa dia tidak akan melakukan sesuatu perkara sekiranya ia tidak benar, selain menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Advertisement

Menurut pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin itu, dia memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah, di samping menasihati orang ramai agar tidak mudah membuat tuduhan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Kalau bukan keluar daripada mulut saya maksudnya itu adalah daripada mulut orang lain dan kalau perkara tak betul, menjawab nanti di akhirat.”

“Zaman sekarang ini memang mudah untuk fitnah. Kalian boleh cakap apa saja, tapi Allah maha melihat. Apa yang saya buat, saya yakin ia adalah perkara yang betul.”

“Kalau saya tidak buat dan orang yang buat fitnah itu antara dia dengan Allah. Saya buat perkara itu bersebab.”

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu, terutama apabila melibatkan perkara peribadi yang tidak diketahui sepenuhnya.

@fattahamin

Fatima ?

? original sound – ??????? – mii

Sebelum ini, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.

Menurut peguam yang mewakilinya, Akberdin Abdul Kader, tindakan tersebut diambil selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor menolak permohonan terdahulu berkaitan hak lawatan terhadap anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, pada 31 Mac lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-07 12:38:42

Diam Meskipun Difitnah, Video Lama Que Haidar Kembali Viral - "Dulu Kena Arah 'Take Down' Semua.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...