Fattah Amin Beri Respon Setelah Digelar ‘Duda Paling Hot’

Hiburan

Fattah Amin Beri Respon Setelah Digelar ‘Duda Paling Hot’

Pelakon yang namanya hangat menjadi sorotan netizen, Fattah Amin tampil memberi respon setelah dirinya dilabel sebagai duda paling ‘hot’ pada tahun ini.

Fattah yang ditemui media berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai gelaran itu sebaliknya menitipkan ucapan syukur dengan sokongan peminat di luar sana.

Advertisement

Alhamdulillah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini. Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang. Terus doa yang baik-baik.

Duda terhangat saya tak nak komen pasal itu. Terima kasih kepada semua peminat, tanpa mereka siapalah saya. Tak berdirilah Fattah Amin di sini.

Kongsi Fattah, dia sedang bersiap-sedia untuk menubuhkan perniagaan dan bakal melancarkan produknya sendiri.

Sekarang saya tengah sibuk fokus karier dengan Fatimah. Itu sahaja jadual saya. Ketika buat siarang langsung itu saya tak sangka dapat sambutan sebegitu kerana niat saya buat live itu untuk ucap terima kasih kepada peminat.

Saya sekarang sedang menubuhkan pasukan untuk memulakan perniagaan. Selepas itu, baru akan buat produk sendiri. Harap proses itu dilancarkan.

Dia dalam pada itu mengucapkan terima kasih buat peminat yang mengikuti siaran langsung TikTok yang menerima ‘viewers’ dan tanda suka yang cukup tinggi tempoh hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

Bella astillah sedih masuk list senarai janda untuk dihalalkan
17 hours ago

Masuk Senarai Ada Janda 'Untuk Dihalalkan', Bella Astillah Akui Sangat Sedih - "Tiada Siapa Ingin Berkahwin Dan Merancang Untuk Bercerai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...